Iklan Kekosongan Lot Premis / Ruang Perniagaan Food Truck Di Kawasan Parkir Blok G3 Secara Sewaan Di UTHM - Kampus Induk Parit Raja, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Perniagaan (BizDeC) mempelawa kepada semua pengusaha untuk mengisi kekosongan Pengurusan Perkhidmatan Food Truck, minimum lima (5) dan maksimum dua belas (12) unit Food Truck di Kawasan Parkir, Blok G3 selama tiga (3) bulan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pembekal/Syarikat yang ingin menyertai hendaklah membuat pembayaran secara ePayment bagi Naskhah Yang Bernilai RM10.00 (Sebut harga Bekalan/Perkhidmatan)
Pembekal/Syarikat perlu mengemukakan bukti bayaran pembelian naskhah sewaan premis bagi mendapatkan borang naskhah di Pusat Pembangunan Perniagaan (BizDeC), Blok B3, Aras Bawah.
Dokumen lengkap secara hardcopy hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga BizDeC selewat-lewatnya 12.00 tengah hari pada 17 November 2024 (Ahad). Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi BizDeC di talian 07-453 7953.