Pengenalan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (singkatan: UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Penubuhan UTHM adalah mengkhusus dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (TVET), kejuruteraan teknologi, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan awam dan alam bina, kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains komputer dan teknologi maklumat, serta sains gunaan. Universiti ini juga adalah salah satu daripada 4 Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menfokus kepada bidang " sustainable technology and transportation " .
Menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan
Menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid
Dengan Hikmah Kita Meneroka
UTHM sebagai sebuah Global Technopreneur University 2030 (#GTU2030)
UTHM EDU-TRAIN
Membangun graduan kompeten, profesional dan berdaya usahawan
UTHM TECHNOPRENEUR
Menyediakan ekosistem pembangunan technopreneur
UTHM PRIHATIN
Menjalankan tanggungjawab sosial kepada komuniti dan alam sekitar
UTHM GOVERNAN
Mengamalkan tadbir urus cekap dan budaya kerja berprestasi tinggi
Pendidikan dan latihan UTHM berteraskan paradigma tauhid bagi menghasilkan graduan kompeten, profesional dan berdaya keusahawanan dipacu teknologi termaju untuk pembangunan sejagat
AMANAH
PROFESIONAL
INOVATIF
Penerangan lanjut sila rujuk Manual Korporat Universiti yang boleh dicapai di laman web Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM ( https://korporat.uthm.edu.my ).
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia beriltizam untuk menyediakan program akademik berkualiti tinggi berteraskan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi bagi memenuhi kehendak pelanggan melalui kecemerlangan sistem pengurusan kualiti selari dengan ISO 9001:2015.
OBJEKTIF KUALITI
Staf UTHM komited melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan objektif kualiti tahun semasa berikut dicapai, dipantau dan dikaji semula sejajar dengan visi dan misi Universiti.
- Memastikan enrolmen pelajar melebihi 90% daripada sasaran (20,000).
- Memastikan enrolmen pelajar antarabangsa melebihi 6% daripada jumlah enrolmen semasa.
- Memastikan dana penyelidikan baharu melebihi RM20 Juta setahun.
- Memastikan H-Index (SCOPUS) universiti meningkat 1 nilai indeks setiap tahun.
- Memastikan kebolehkerjaan graduan setelah 6 bulan bergraduat melebihi 80%.
- Memastikan peratus penjanaan pendapatan melebihi 15% daripada kos operasi universiti.
- Memastikan aduan berkaitan sistem atau peralatan pengajaran dan pembelajaran diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan.