Lanjutan Tempoh Iklan Kekosongan Lot Premis Perniagaan Kedai Serbaneka (Kafeteria Bangunan Hal Ehwal Pelajar ) Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Kampus Induk Parit Raja
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Perniagaan (BizDev) mempelawa kepada semua pengusaha untuk mengisi kekosongan 1 Lot Kedai Serbaneka (Kafeteria Bangunan Gunasama Hal Ehwal Pelajar) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Kampus Induk Parit Raja.
Pengusaha perlu mengemukakan bukti bayaran (resit Pejabat Bendahari) pembelian naskhah sewaan premis bagi mendapatkan borang naskhah di Bahagian Pembangunan Perniagaan (BizDev), Blok B3, Aras Bawah.
Dokumen lengkap secara hardcopy hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Bahagian Pembangunan Perniagaan (BizDev) selewat - lewatnya 12.00 Tengah Hari pada 01 Disember 2024 (Ahad). Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan (BizDev) di talian 07-453 7953.