Jawatan Kosong (Pentadbiran) Sesi 2 / Tahun 2025
JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL | |||||
Bil. | Jawatan | Penempatan | Kekosongan | Gred | Perincian |
1. | PEGAWAI TADBIR | Kampus Induk | 2 (Tetap) | N9 | KLIK SINI |
2. | PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT | Kampus Induk | 1 (Tetap) | F9 | KLIK SINI |
JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA | |||||
Bil. | Jawatan | Penempatan | Kekosongan | Gred | Perincian |
1. | PENOLONG JURUTERA | Kampus Induk | 3 (Tetap) | JA5 | KLIK SINI |
2. | PENOLONG PEGAWAI SENIBINA | Kampus Induk | 1 (Kontrak) | JA5 | KLIK SINI |
3. | PENOLONG JURUUKUR BANGUNAN | Kampus Induk | 1 (Kontrak) | J5 | KLIK SINI |
4. | PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN | Kampus Induk | 1 (Kontrak Pekerja) | S5 | KLIK SINI |
5. | PENOLONG AKAUNTAN | Kampus Induk | 1 (Tetap) | W5 | KLIK SINI |
6. | PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) | Kampus Induk | 1 (Tetap) | N1 | KLIK SINI |
7. | PEMBANTU PUSTAKAWAN | Kampus Induk | 1 (Tetap) | S1 | KLIK SINI |
8. | JURUTEKNIK KOMPUTER | Kampus Induk & Kampus Pagoh |
2 (Tetap) | FT1 | KLIK SINI |
9. | PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT | Kampus Induk | 1 (Tetap) | N1 | KLIK SINI |
10. | PEMBANTU KHIDMAT AM | Kampus Induk | 2 (Tetap) 1 (Kontrak) |
H1 | KLIK SINI |
*Sila guna Browser yang berlainan jika pautan tidak dapat dibuka.
1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
2. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.
3. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.
4. CARA MEMOHON
(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.
(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.
5. TARIKH IKLAN PERJAWATAN
Permohonan secara atas talian adalah pada 7 Februari 2025 - 21 Februari 2025.
Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada 21 Februari 2025 (Jumaat) sebelum jam 12 tengahari..
6. KETERANGAN AM
(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.
(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.
(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.