Iklan Kekosongan Lot Premis / Ruang Perniagaan Kafeteria Berkonsep Konsortium Di Arked Melati (Kafeteria Arked, Blok C18), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Perniagaan (BizDeC) mempelawa kepada semua pengusaha untuk mengisi kekosongan dua (2) lot kafeteria berkonsep konsortium di Arked Melati (Kafeteria ARKED, Blok C18), selama enam (6) bulan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pembekal/Syarikat yang ingin menyertai hendaklah membuat pembayaran secara ePayment bagi Naskhah Yang Bernilai RM10.00 (Sebut harga Bekalan/Perkhidmatan)
Pembekal/Syarikat perlu mengemukakan bukti bayaran pembelian naskhah sewaan premis bagi mendapatkan borang naskhah di Pusat Pembangunan Perniagaan (BizDeC), Blok B3, Aras Bawah.
Dokumen lengkap secara hardcopy hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga BizDeC selewat-lewatnya 12.00 tengah hari pada 07 Oktober 2024 (Isnin). Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi BizDeC di talian 07-453 7953.