Iklan Jawatan Provost Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Cawangan Pagoh

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti ingin mempelawa calon-calon DALAMAN berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PROVOST UTHM KAMPUS CAWANGAN PAGOH. Maklumat jawatan adalah seperti berikut:
1. |
JAWATAN |
: |
Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh |
2. |
TEMPOH LANTIKAN |
: |
Tiga (3) Tahun (Tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti) |
3. |
GRED KESETARAAN |
: |
Jusa B |
4. |
KRITERIA PEMILIHAN: 4.1 Pengalaman Pernah mengetuai Jabatan / Bahagian penting di Universiti dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan akademik sekurang-kurangnya 10 tahun. 4.2 Kebolehan Memimpin dan Mengurus Mempunyai “people skill” yang boleh menerajui transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi selaras “core business” Universiti serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kerja cemerlang. 4.3 Reputasi Menjadi “role model” kepada semua peringkat staf, selain mempunyai pengalaman dan rekod serta reputasi yang baik, disanjung serta dihormati oleh masyarakat dalam dan luar kampus. 4.4 Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal Yang Mantap Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap, seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan jabatan yang dipimpin. Seorang yang beretika, berintegriti, patriotik dan bermotivasi tinggi. 4.5 Pengurusan Perubahan dan Risiko Berusaha menguruskan perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan menggunakan segala sumber dan keupayaan sedia ada. Berusaha mengurangkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalui aktiviti pengurusan risiko. |
5. |
BIDANG TUGAS Melaksanakan tugas sebagai Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh dan hendaklah menjadi Pegawai Pentadbiran dan Pegawai Akademik utama Kampus Cawangan Pagoh serta melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor. |
6. |
CARA MEMOHON Permohonan bagi jawatan Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan maklumat seperti berikut: i. Surat permohonan; ii. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar ukuran passport, salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan (CV lengkap adalah merangkumi latar belakang peribadi, latar belakang pendidikan dan kerjaya, anugerah dan hadiah yang diterima, sumbangan-sumbangan besar kepada pembangunan Universiti dan Negara perlu disertakan bersama) iii. Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh; |
7. |
CATATAN TAMBAHAN i. Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja yang akan disaring untuk disenarai pendek dan dipanggil temuduga. ii. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya. |
8. |
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Puan Shereen Sabrina binti Abd. Shukor Pengarah Bahagian Pengurusan Organisasi Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia No. Telefon : 07-453 7125 |
9. |
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada: PENDAFTAR No. Telefon : 07-4537100 / 07-4537103 |
10. |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 JUN 2023 (SABTU) |
11. |
Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana pihak Universiti boleh mencalonkan mana-mana calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih. |