ANGKA 30 menjelaskan genap 30 tahun UTHM ditubuhkan sebagai peneraju rangkaian universiti teknikal malaysia (MTUN) serta komited meneruskan usaha menjayakan visi menjadi universiti teknikal bertaraf global dalam teknologi lestari dan pengangkutan, ke arah universiti teknousahawan menjelang tahun 2030.
Tahun 1993-2023 garis masa tertubuhnya UTHM.
UTHM EDU-TRAIN
Membangunkan graduan kompeten, profesional dan berdaya usahawan
UTHM TEKNOUSAHAWAN
Menyediakan ekosistem pembangunan teknousahawan
UTHM PRIHATIN
Menjalankan tanggungjawab sosial kepada komuniti dan alam sekitar
UTHM GOVERNAN
Mengamalkan tadbir urus cekap dan budaya kerja berprestasi tinggi
“Amanah, Profesional, Inovatif” nilai bersama untuk seluruh warga UTHM agar melaksanakan tanggungjawab secara profesional, berteraskan paradigma tauhid dengan penambahbaikan berterusan untuk kecemerlangan UTHM
Penggunaan logo sambutan/iringan merupakan sebahagian daripada usaha penjenamaan universiti. Sehubungan itu, logo sambutan/iringan ini hendaklah digunakan bersama logo rasmi UTHM, di setiap gegantung, kain rentang, tirai latar atau bahan promosi yang lain sepanjang tahun sambutan.
Berikut adalah garis panduan penggunaan logo sambutan/iringan di mana logo UTHM diletakkan di sebelah kiri dan sambutan/iringan di sebelah kanan.
contoh logo rasmi UTHM bersama logo sambutan/iringan
Logo sambutan/iringan TIDAK BOLEH digunakan tanpa logo UTHM.
Logo sambutan/iringan hendaklah hanya dicetak melalui hasil seni (artwork) yang dimuat turun dari portal rasmi UTHM.
Logo sambutan/iringan tidak boleh dilukis semula dalam apa-apa cara sekalipun.
Manipulasi pada mana-mana bahagian adalah tidak dibenarkan.
Logo sambutan/iringan untuk tujuan komersil adalah tidak dibenarkan.